Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan pihaknya memandang serius untuk menambah baik sistem komunikasi amaran terutama melibatkan bencana di negara ini.<br /><br />Ketika mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali, ujar Fahmi, beliau mengingatkan rakyat agar sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa terutama ketika perubahan cuaca berlaku.<br /><br />Tambah Fahmi, kerajaan akan meneliti semula segala saluran amaran yang boleh diperbaiki terutama melibatkan aktiviti-aktiviti berisiko.